Wednesday, August 18

kelibat PMR.



pernah kau fikir nak berperang ? macam dalam cerita kau tonton AVATAR THE LEGEND atau PRINCE OF PERSIA . kau rasa kali ni sama tak ? aku berperang bukan begitu caranya . aku berperang bersama otak yang dibekalkan fikiran untuk membantu aku . mungkin kau masih samar-samar . mari sini aku kata jawapannya . PMR yang tinggal hanya lebih kurang 50 hari . aku pernah lalui pengalaman yang berbunga ini sewaktu darjah 6 . UPSR . tapi kali ni aku nak beritahu kau , bunga tak berkuntum lagi adik oi . apa aku ada sekarang ? buku yang menatap aku tiap-tiap hari dan aku yang menatap buku setiap saat . 


kau kata aku obses belajar ? BENAR SEKALI ! akal kau sangat bijak mentafsir . perlu aku bisik kenapa ? kerana aku cari apa yang aku cari selama ini . sewaktu timangan dulu aku berjaya melebarkan senyuman orang tua aku . aku bangga jadi anak kau PAK CIK DIN dan NYONYA HALIJAH . tetapi orang kata kalau sekali kau terjatuh , selamanya kau akan tempang . aku takut dengar persoalan itu kerana aku jumpa ramai orang yang berlainan jalan . kemana saja kau boleh pergi dalam kotak bumi yang cukup luas ni . aku tadah tangan supaya aku berjumpa dengan orang yang mengikut jalan lurus tanpa bendul kerana aku masih inigin teguh berdiri sebagai PELAJAR CEMERLANG .

sebelum aku bersiap ke medan perang , aku ingin berkata '' anggaplah aku orang baru untuk kau supaya kau boleh lupakan kejahilan aku pada kau '' . atau kau boleh menganggap aku orang yang tidak asing dalam hidup kau dengan mengampunkan segala kesalahan aku . masa aku tak cukup lama . pelurunya masih belum bersedia . aku ingin kesana dengan jiwa yang damai dan gembira melakukannya . ucapan doa kau akan beri sejuta pertolongan kepada aku nanti . AMIN -